Kategori: E-Buku / Digital - Blog
Di sebuah kampung, ada dua orang budak lelaki yang nakal di sekolah. Nama mereka Firman dan Iman. Mereka suka membuli seorang budak perempuan bernama Khadijah. Mereka ejek Khadijah kerana Khadijah miskin.
Apa yang Firman dan Iman tak tahu, sebenarnya Khadijah ialah anak raja! Khadijah telah diculik sejak kecil dan dibesarkan oleh orang lain.
Pada satu hari, ketika perjumpaan ibu bapa di sekolah, Iman mula perasan sesuatu.
"Eh, cuba tengok... muka budak lain semua seiras dengan mak atau ayah mereka. Tapi muka Khadijah tak sama langsung!" bisik Iman kepada Firman.
Beberapa hari kemudian, Firman pula terperasan sesuatu.
"Iman, kau perasan tak? Muka Khadijah macam muka raja dalam poster dekat balai kampung tu!" bisik Firman pula.
Tak lama selepas itu, Raja datang ke sekolah mereka.
"Saya sedang mencari anak saya yang hilang sejak kecil. Nama dia Khadijah," kata Raja kepada guru-guru.
Apabila Khadijah mendengar nama itu, dia segera berlari.
"Papa! Papa datang kembali!" jerit Khadijah sambil memeluk Raja.
Firman dan Iman terkejut besar. Rupa-rupanya Khadijah memang anak raja yang sebenar! Pada hari itu juga, Firman dan Iman segera meminta maaf kepada Khadijah.
Pengajaran:
Jangan suka membuli orang lain. Kita tak tahu kisah hidup sebenar mereka. Hormatilah semua orang, walaupun mereka nampak berbeza daripada kita.
***
Cerita ini dikarang oleh anakanda saya yang berusia 7 tahun, Ayu Zafirah. Idea sepenuhnya dari dia. Format, tanda baca dan pruf telah dibuat oleh saya. 😄
0 Ulasan
Terima kasih atas kesudian membaca blog ini.
Dilarang mengambil isi blog ini untuk kepentingan peribadi, kerana isi blog ini adalah percuma dan segala fiksyen di sini adalah hak cipta penulis.